Rakyat Malaysia antara dua terbunuh dalam nahas helikopter terhempas di Filipina

Siasatan awal mendapati, helikopter itu terpaksa melakukan pendaratan cemas ekoran kegagalan pada enjin. - Foto Philippine News Agency
Seorang warga Malaysia dan seorang warga Filipina dilaporkan maut selepas sebuah helikopter dinaiki mereka terhempas di kawasan lapang berhampiran taman perumahan di Pililla, wilayah Rizal, Tenggara Manila.
Menurut pihak berkuasa, dalam kejadian jam 7.27 pagi pada Selasa itu, helikopter tersebut membawa lima orang, termasuk dua rakyat Malaysia.
Pegawai polis wilayah Rizal, Ramjae Pangga dipetik media antarabangsa memaklumkan, tiga mangsa yang terselamat termasuk juruterbang sedang menerima rawatan di Metro Manila.
Siasatan awal mendapati, helikopter itu terpaksa melakukan pendaratan cemas ekoran kegagalan pada enjin.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina kini sedang menjalankan siasatan lanjut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

