awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Sabah berhadapan cabaran bekalan tenaga - TPM Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia antara kumpulan pertama jemaah umrah Asia ikuti program khas Arab Saudi

Bernama
Bernama
04/01/2024
10:52 MYT
Rakyat Malaysia antara kumpulan pertama jemaah umrah Asia ikuti program khas Arab Saudi
Kumpulan pertama jemaah umrah program khas Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi bagi tahun 2024, tiba di Madinah pada Khamis. - Gambar fail/REUTERS
MADINAH: Kumpulan pertama jemaah umrah program khas Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi bagi tahun 2024, tiba di Madinah pada Khamis.
Mereka terdiri daripada 250 tokoh berpengaruh Islam dari 14 negara Asia - Malaysia, Filipina, Indonesia, Taiwan, Myanmar, Vietnam, Laos, Hong Kong, Jepun, Brunei, Thailand, Korea Selatan, Kemboja dan Mongolia, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kumpulan kedua dan ketiga jemaah umrah dijadual tiba lewat Khamis, melengkapkan ketibaan 1,000 jemaah umrah dalam program berkenaan.
Sekretariat Agung Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci Haji, Umrah dan Lawatan akan membawa tetamu menziarah Masjid Nabawi, Masjid Quba dan tapak bersejarah di Madinah sebelum ke Makkah untuk menunaikan umrah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#kumpulan pertama jemaah umrah Asia
#program khas Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan