awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat masih tidak selesa jalani normal baharu - Kajian Ipsos Malaysia

Nailah Huda
Nailah Huda
10/06/2020
06:06 MYT
Rakyat masih tidak selesa jalani normal baharu  - Kajian Ipsos Malaysia
Rata-rata rakyat masih lagi menyesuaikan diri dengan 35 peratus menyatakan bahawa mereka menunjukkan pelbagai reaksi kepada sebarang pelaksanaan perintah dan rutin baharu hari ke hari. - Gambar fail
Rakyat masih lagi mengambil masa untuk menyesuaikan diri dalam menjalani normal baharu, walaupun negara telah memasuki fasa pemulihan dan pembukaan semula sebahagian besar ekonomi hari ini.
Menurut kajian oleh firma penyelidikan pasaran, Ipsos Malaysia, yang dijalankan dari 22 hingga 26 Mei terhadap 3,000 responden, 83 peratus tidak merancang untuk berkunjung ke luar negara pada tahun 2020.
55 peratus responden pula tidak bersedia untuk melancong dalam negara pada tahun ini manakala 31 peratus yang lain sudah bersedia.
Selain itu, ramai juga yang tidak selesa berada di tempat-tempat awam yang menghimpunkan orang ramai pada tahun ini seperti pengangkutan awam (44 peratus), acara kebudayaan (56 peratus) dan kompleks gimnasium atau sukan (57 peratus).
Namun, antara aktiviti sosial yang dilihat selesa untuk diamalkan semula seawal bulan Mei ke Julai adalah mengunjungi restoran (41 peratus) dan menziarahi ahli keluarga dan rakan (46 peratus).
Rata-rata rakyat masih lagi menyesuaikan diri dengan 35 peratus menyatakan bahawa mereka menunjukkan pelbagai reaksi kepada sebarang pelaksanaan perintah dan rutin baharu hari ke hari.
Berbanding Malaysia (28 peratus), lebih ramai penduduk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand yang bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka sudah menyesuaikan diri dengan perintah berkurung dan rutin baharu hari ke hari.
Tindak balas rakyat berbeza berbanding rakyat Indonesia yang sudah bersedia untuk kembali kepada aktiviti sosial seawal bulan Mei.
Ia termasuk aktiviti seperti menggunakan pengangkutan awam, menggunakan kemudahan gimnasium dan menyertai acara kebudayaan.
Walau bagaimanapun, kaji selidik itu mendapati rakyat dari ketiga-tiga negara, Malaysia, Indonesia dan Singapura rata-ratanya masih tidak selesa membuat perancangan untuk melancong ke luar negara pada tahun ini.
Topic Berkaitan
#Ipsos
#kaji selidik
#Malaysia
#normal baharu
#pelancongan
#pembukaan semula ekonomi
#pengangkutan awam
#PKP
#PKPB
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan