awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramai sakit mental, kerajaan timbang tubuh pusat pemulihan khas buat penagih dadah

Bernama
Bernama
07/04/2019
02:32 MYT
Ramai sakit mental, kerajaan timbang tubuh pusat pemulihan khas buat penagih dadah
Ramai penagih dadah yang mengalami sakit mental akibat penyalahgunaan dadah sintetik. - Gambar hiasan
Kerajaan akan menimbang keperluan untuk menubuhkan pusat pemulihan khas bagi mereka yang menghidap sakit mental akibat pengambilan dadah sintetik seperti pil kuda dan syabu.
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata ia berikutan ramai penagih dadah yang mengalami sakit mental akibat penyalahgunaan dadah jenis itu.
Beliau berkata setakat ini, Pusat Penyembuhan, Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Tampoi, Johor mungkin boleh dijadikan pusat rawatan pertama bagi kes berkenaan kerana berdekatan dengan Hospital Permai yang mempunyai kepakaran dalam bidang psikiatri.
"Melihat kepada trend sekarang kita perlu menimbang kalau perlu ada pusat seperti di Johor itu disebabkan jangkaan ramai akan mengalami sakit mental akibat pengambilan dadah sintetik.
"Buat masa ini kita belum ada lagi pusat pemulihan khas bagi penagih dadah sintetik ini. Apa yang kita tahu kesan ketagihan dadah sintetik ini berbeza dengan penagih yang mengambil dadah jenis heroin dan dadah tradisional yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Dialog Ketua Pengarah AADK Malaysia Bersama Pemimpin Komuniti di Tendong yang turut dihadiri Ketua Polis Kelantan Datuk Hassanuddin Hassan, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tendong Rozi Mohammad dan Pengarah AADK Kelantan Rohayu Ahmad.
Sementara itu, Hasanuddin berkata pelantikan Pegawai Perhubungan Masjid di setiap masjid di negeri ini telah dimulakan.
"Setiap pegawai yang dilantik akan berkenalan dengan lebih rapat dengan imam masjid masing-masing supaya sebarang urusan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah terutama membabitkan pelbagai program berkaitan komuniti," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AADK
#CCRC
#Dadah
#dadah sintetik
#Datuk Seri Zulkifli Abdullah
#Hospital
#Pasir Mas
#penagih dadah
#pil kuda
#pusat pemulihan dadah
#Sakit Mental
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan