awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Israel dan Lubnan setuju gencatan senjata selama 10 hari - Trump
Kerajaan MADANI semarak agenda perkasa usahawan bumiputera, sasar pelaburan GLIC RM2 bilion - PM Anwar
Cubaan bunuh Presiden Madagascar digagalkan - Pejabat Presiden
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramanan nafi laporan media antarabangsa berkaitan sistem baharu pengambilan pekerja asing

Bernama
Bernama
16/04/2026
09:51 MYT
Ramanan nafi laporan media antarabangsa berkaitan sistem baharu pengambilan pekerja asing
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan bercakap kepada media selepas hadir mesyuarat anjuran Concorde Club di Wisma Bernama hari ini. - Foto Bernama
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan menafikan laporan media antarabangsa bahawa Malaysia merancang menggunakan sistem baharu pengambilan pekerja asing yang dibangunkan oleh Bestinet Sdn Bhd, dan menyifatkan ia sebagai tidak tepat.
Ramanan juga berkata laporan itu mengandungi butiran yang tidak diketahuinya, walhal beliau adalah menteri yang bertanggungjawab membentangkan cadangan kepada Kabinet.
"Saya terkejut kerana mereka seolah-olah lebih tahu mengenai sistem yang dicadangkan itu berbanding saya... saya belum membentangkan apa-apa kepada Kabinet namun mereka mampu menghuraikannya secara terperinci," katanya semasa sesi dialog bersama Kelab Concorde di Wisma Bernama di sini hari ini.
Sesi itu, yang dipengerusikan oleh Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, membincangkan topik Kerja, Gaji dan Masa Depan.
Menurut laporan Bloomberg, perisian sistem itu membolehkan syarikat mengambil pekerja asing secara terus tanpa perlu bergantung kepada orang tengah yang mengenakan bayaran tinggi.
Ramanan turut menyangkal dakwaan dalam laporan itu termasuk sistem tersebut akan mengenakan kos pengambilan sebanyak AS$1,000 bagi setiap pekerja.
"Angka itu sama sekali tidak benar... saya telah berkali-kali menegaskan bahawa kerajaan sedang bergerak ke arah kos migrasi sifar... justeru, adalah tidak masuk akal untuk mencadangkan sebaliknya," kata beliau.
Ramanan turut mempersoal asas laporan itu memandangkan beliau dan kementerian berkaitan tidak pernah dihubungi secara langsung.
"Sekalipun mereka tidak menerima maklum balas, itu tidak bermakna mereka boleh menerbitkan maklumat yang tidak disahkan," katanya yang menyifatkan laporan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak beretika.
Beliau juga berkata Bestinet telah beroperasi di Malaysia sejak 2011 dan menyediakan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang digunakan oleh beberapa kementerian termasuk Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia.
Katanya sistem itu terbukti berkesan termasuk berjaya menangkis serangan siber semasa pandemik COVID-19 tanpa sebarang kebocoran data, dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa seperti anugerah daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan