awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramanan yakin Ahli Parlimen Kerajaan bersedia, komited untuk sesi perbahasan Titah Diraja

Bernama
Bernama
26/02/2024
14:25 MYT
Ramanan yakin Ahli Parlimen Kerajaan bersedia, komited untuk sesi perbahasan Titah Diraja
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan yakin barisan Ahli Parlimen Kerajaan telah bersedia sepenuhnya dan akan memberi komitmen yang tinggi untuk sesi perbahasan Titah Diraja yang bermula esok. - Foto Facebook R Ramanan
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan yakin barisan Ahli Parlimen Kerajaan telah bersedia sepenuhnya dan akan memberi komitmen yang tinggi untuk sesi perbahasan Titah Diraja yang bermula esok.
Beliau berkata titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen di sini hari ini, sarat dengan amanat dan harapan antaranya supaya Ahli-Ahli Parlimen dapat bersama-sama menjalankan kewajipan untuk kepentingan rakyat jelata.
"Baginda Tuanku turut menegaskan supaya barisan Ahli Parlimen dapat bersidang secara budiman dan menjadi teladan yang baik selain mematuhi peraturan Dewan Rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.
Terdahulu, pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15, Sultan Ibrahim menzahirkan peringatan, nasihat serta pandangan dalam pelbagai topik antaranya tingkah laku Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat semasa persidangan, hutang negara serta kestabilan politik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#r ramanan
#Ahli Parlimen Kerajaan
#sesi perbahasan
#titah diraja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan