awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramkarpal tidak berhak buat kenyataan tentang Hudud, kata Mohamed Nabi

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2014
10:50 MYT
Ramkarpal tidak berhak buat kenyataan tentang Hudud, kata Mohamed Nabi
Ramkarpal tidak berhak buat kenyataan tentang Hudud, kata Mohamed Nabi
Calon DAP pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh tidak berhak membuat kenyataan berhubung hukum Hudud bagi mewakili partinya kerana tidak mempunyai sebarang jawatan di dalam parti itu.
Ini adalah kenyataan calon bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Shatar, yang berkata, jangka masa keanggotaan Ramkarpal di dalam DAP juga turut dipersoal.
Mohamed Nabi Bux berkata demikian semasa mengulas kenyataan Ramkarpal berhubung pendiriannya yang menolak perlaksaan hukum Hudud di negara ini sepertimana mendiang bapanya, Karpal Singh.
Dalam pada itu, calon Bebas yang menggunakan simbol bunga pada PRK Bukit Gelugor itu juga mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyokong perlaksanaan hukum Hudud secara sulit di Kelantan demi kepentingan politiknya.
Dakwanya, walaupun Lim menyatakan pendirian bahawa kerajaan negeri menolak hukum Hudud, namun Ketua Menteri itu tetap menyokong Hudud demi mengambil hati pemimpin PAS dan kepentingan politiknya.
Mohamed Nabi Bux berkata demikian selepas mengadakan kempen berjumpa pengundi di Pasar Taman Tun Sardon, Gelugor, pagi tadi.
Pada PRK Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux akan berdepan tiga calon iaitu Ramkarpal, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan, dan seorang lagi calon bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan.
PRK parlimen Bukit Gelugor akan berlangsung pada 25 Mei ini berikutan kematian penyandangnya, mendiang Karpal Singh yang terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.
Topic Berkaitan
#hudud
#Mohamed Nabi Bux
#Ramkarpal Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan