awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rampasan kuasa tentera di Guinea: Semua rakyat Malaysia selamat - Kedutaan

Fareez Azman
Fareez Azman
07/09/2021
05:02 MYT
Rampasan kuasa tentera di Guinea: Semua rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Menerusi televisyen negara, unit tentera itu mengumumkan bahawa mereka telah membubarkan kerajaan dan parlimen, manakala unit yang lain belum memberikan komen secara terbuka. - Reuters
KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia di Guinea dilaporkan selamat selepas negara itu berdepan rampasan kuasa tentera pada Ahad.
Perkara itu dimaklumkan Kedutaan Malaysia di Conakry, Guinea dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Sehingga kini, terdapat 12 rakyat Malaysia telah berdaftar dengan kedutaan termasuk pegawai kedutaan dan ahli keluarga.
Bagaimanapun, seorang rakyat Malaysia telah dilaporkan kembali ke negara untuk bercuti dua minggu lalu.
"Semua dilaporkan selamat. Pasukan peralihan dikenali National Rally and Developtment Commitee (CNRD) kini sedang mengadakan mesyuarat dengan menteri, kerajaan dan beberapa ahli politik.
"Setakat ini tidak ada protes dilaporkan berlaku," jelas kedutaan itu.
Sejak Ahad lalu, Guinea menyaksikan ketidakstabilan politik selepas Presidennya, Aplha Conde, ditahan oleh sebuah unit tentera.
Menurut Kolonel Mamady Doumbouya, penahanan itu disebabkan isu kemiskinan dan endemik rasuah menjadi punca mereka bertindak sedemikian.
Unit tentera itu turut mengumumkan bahawa mereka telah membubarkan kerajaan dan Parlimen.
Semua pasar raya, bank dan pasar terpaksa ditutup susulan situasi semasa di Guinea.
Bagaimanapun, perjalanan rentas sempadan keluar masuk dari Guinea melalui pintu udara masih dibuka, sementara itu sempadan darat telah ditutup.
Guinea merupakan antraa negara termiskin di dunia dengan populasi penduduk 13.5 juta rakyat.
Topic Berkaitan
#Guinea
#rakyat Malaysia
#kedutaan
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan