awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, Singapura percepat JS-SEZ, teroka CCUS - Akmal Nasrullah
Kapal belayar dari pelabuhan Iran walaupun diancam sekatan oleh AS
4 terkorban, 20 cedera dalam satu lagi insiden tembakan di sekolah di Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS rancang hantar ribuan tentera tambahan ke Asia Barat

Astro AWANI
Astro AWANI
15/04/2026
11:58 MYT
AS rancang hantar ribuan tentera tambahan ke Asia Barat
Setakat ini, Pentagon masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai jumlah sebenar anggota yang akan dikerahkan atau lokasi penempatan mereka. -Gambar fail
Amerika Syarikat (AS) dijangka menghantar ribuan anggota tentera tambahan ke Asia Barat dalam masa terdekat.
The Washington Post dalam laporannya yang memetik kenyataan pegawai AS yang enggan dinamakan berkata pengerahan itu dijangka dilakukan dalam tempoh beberapa hari lagi bagi memperkukuh kedudukan ketenteraan Washington di rantau berkenaan.
Langkah terbaharu tersebut dibuat ketika ketegangan antara AS dan Iran terus memuncak, meskipun usaha gencatan senjata sedang digerakkan oleh beberapa pihak antarabangsa.
Menurut pemerhati, penambahan aset ketenteraan itu dilihat sebagai langkah berjaga-jaga AS terhadap sebarang kemungkinan serangan balas atau ancaman ke atas kepentingannya di Asia Barat.
Setakat ini, Pentagon masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai jumlah sebenar anggota yang akan dikerahkan atau lokasi penempatan mereka.
Situasi keselamatan di Asia Barat kekal tegang susulan krisis yang berlarutan, manakala masyarakat antarabangsa terus menggesa agar pendekatan diplomasi dan dialog diutamakan bagi mengelakkan peperangan berskala lebih besar.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#tentera AS
#Asia Barat
#ketegangan Iran AS
#Pentagon
#Washington Post
#keselamatan serantau
#geopolitik global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan