awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangka tindakan, jawatankuasa tangani gelandangan akan diwujudkan - PM

Bernama
Bernama
03/08/2022
11:06 MYT
Rangka tindakan, jawatankuasa tangani gelandangan akan diwujudkan - PM
Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu dipersetujui pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet Bagi Kesejahteraan Golongan Rentan yang dipengerusikannya, hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rangka tindakan dan jawatankuasa mengenai isu gelandangan akan diwujudkan untuk menetapkan hala tuju berkaitan isu tersebut memandangkan kini tiada punca kuasa dan perundangan khusus dalam pengoperasian serta pengendalian golongan itu di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu dipersetujui pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet Bagi Kesejahteraan Golongan Rentan yang dipengerusikannya serta dihadiri menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri berkaitan serta pegawai-pegawai kanan kementerian dan jabatan terlibat di Putrajaya, hari ini.
Selain itu, beliau berkata mesyuarat bersetuju dengan cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk meningkatkan pendaftaran pusat jagaan sedia ada, menggandakan tindakan penguatkuasaan ke atas pusat jagaan dan menyemak semula Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) serta Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994.
"Sementara itu, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 akan dikuatkuasakan sebagai persediaan kepada unjuran Malaysia mencapai status Negara Tua menjelang 2030 serta menyokong perkembangan industri penjagaan kesihatan warga emas di pusat jagaan swasta.
"Bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pusat jagaan, KPWKM turut melaksanakan Projek Rintis Penyampaian Perkhidmatan Alternatif di sebuah pusat jagaan warga emas bermula 21 Nov lalu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#gelandangan
#tindakan kerajaan
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan