awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangkuman 5 Berita Utama: 3 Februari

Astro Awani
Astro Awani
03/02/2017
03:04 MYT
Rangkuman 5 Berita Utama: 3 Februari
Rangkuman tajuk berita yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini (3 Januari 2017).
BERIKUT adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.
Annuar Musa tampil beri keterangan di SPRM
Pengerusi Majlis Amanah Mara (Mara) dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) yang digantung tugas, Tan Sri Annuar Musa hari ini hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.
Ahli Parlimen Ketereh itu tiba kira-kira jam 9 pagi, diiringi beberapa individu.
Caj rawatan pergigian pesakit luar kekal pada kadar sama - KP Kesihatan
Caj rawatan pergigian bagi pesakit luar di hospital kerajaan kekal pada kadar sama berikutan kerajaan terus komited memberikan subsidi tinggi kepada rakyat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata pesakit luar hanya perlu membayar RM2 bagi perkhidmatan penskaleran dan penggilapan gigi (cuci gigi), RM2 untuk tampalan gigi dan RM1 untuk cabutan gigi.
Taman Tasik Titiwangsa masih dibuka kepada orang ramai sehingga Jun
Warga kota masih berpeluang mengunjungi Taman Tasik Titiwangsa di sini kerana penutupannya bagi pelaksanaan projek 'River of Life' (RoL) ditangguhkan buat sementara.
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khalid Zakaria berkata penangguhan itu susulan wujud beberapa perubahan teknikal dan projek itu dijangka bermula Jun tahun ini hingga akhir 2019.
'Pernahkah anda tidak ada makanan, air selama 24 jam?', soal budak Syria kepada Trump
Seorang kanak-kanak Syria berusia 7 tahun, Bana Alabed telah meminta Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk membantu pelarian dan kanak-kanak di negara itu menerusi sebuah video.
"Pernahkah anda tidak mempunyai bekalan makanan dan air untuk tempoh 24 jam? Cuba fikirkan mengenai pelarian dan anak-anak Syria," tweet Bana semalam.
Itu adalah soalan yang ditujukan oleh Bana kepada Trump yang melakukan larangan kemasukan pelarian ke AS untuk sementara waktu.
Pensijilan Jakim bolehkan farmaseutikal halal berkembang di dalam dan luar negara
Pensijilan baharu bagi ubat terkawal/preskriptif yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan membolehkan Farmaseutikal Halal berkembang di dalam dan luar negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pensijilan itu dianugerahkan kepada Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) yang akan menggalakkan penyertaan daripada syarikat farmaseutikal di peringkat tempatan dan global.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#caj rawatan gigi
#Donald Trump
#Halal
#rangkuman berita utama
#Taman Tasik Titiwangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan