awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu disegerakan
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Rumah ibadat tanpa kelulusan: Tindakan ketepi saluran sah tidak boleh dikompromi - Sultan Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ranking FIFA: Malaysia jatuh 17 anak tangga ke kedudukan 138 dunia

Bernama
Bernama
01/04/2026
13:56 MYT
Ranking FIFA: Malaysia jatuh 17 anak tangga ke kedudukan 138 dunia
Kejatuhan mendadak itu turut dipengaruhi keputusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang membatalkan dua perlawanan Harimau Malaya dalam kempen kelayakan berdepan Nepal dan Vietnam sebelum ini. - Gambar Facebook FAM
Kedudukan Malaysia menjunam daripada tangga ke-121 ke tangga ke-138 dunia dalam ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Berdasarkan kemas kini terbaharu hari ini, Harimau Malaya yang mengumpul 1,086.22 mata keseluruhan jatuh 17 anak tangga susulan kekalahan 1-3 kepada Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027, semalam.

Kejatuhan mendadak itu turut dipengaruhi keputusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang membatalkan dua perlawanan Harimau Malaya dalam kempen kelayakan berdepan Nepal dan Vietnam sebelum ini.

Berdasarkan keputusan asal, Malaysia menewaskan Nepal 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada 25 Mac tahun lepas, selain membelasah Vietnam 4-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 10 Jun tahun lepas.

Bagaimanapun, pada 17 Mac lepas, Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC memutuskan Malaysia diisytiharkan kalah 0-3 bagi kedua-dua perlawanan berkenaan selepas Harimau Malaya didapati menurunkan pemain tidak layak.

Tindakan itu dibuat susulan isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain Harimau Malaya, iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#ranking
#FIFA
#afc
#aksi terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan