awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raptai penuh Istiadat Pembukaan Parlimen ke-15 lancar, ambil kira faktor cuaca

Bernama
Bernama
09/02/2023
04:40 MYT
Raptai penuh Istiadat Pembukaan Parlimen ke-15 lancar, ambil kira faktor cuaca
Raptai penuh sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen ke-15 sedang dilaksanakan di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Raptai penuh Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 berjalan lancar hari ini dengan turut mengambil kira faktor cuaca.
Kira-kira 7.30 pagi, pasukan kawalan kehormat yang terlibat dalam istiadat itu sudah bersiap sedia berlatih di pekarangan Dataran Parlimen.
Pasukan itu turut mengadakan latihan di ruang Dewan Bankuet Blok Utama, Bangunan Parlimen sebagai persediaan sekiranya cuaca pada hari istiadat yang berlangsung Isnin depan (13 Feb) tidak mengizinkan selain faktor lain.
Persiapan akhir bagi istiadat itu juga diadakan di Dewan Rakyat.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 itu di Dewan Rakyat pada 10 pagi.
Raptai pada hari ini meliputi semua acara dengan mengikut adat istiadat dan protokol termasuk Kawalan Kehormat Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Dewan Rakyat akan bersidang mulai 13 Feb hingga 30 Mac dan diikuti persidangan Dewan Negara pada 21 Mac hingga 6 April.
Belanjawan 2023 juga akan dibentangkan di Parlimen pada 24 Feb ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Istiadat pembukaan Parlimen
#Dewan Rakyat
#Yang di-Pertuan Agong
#raptai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan