awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Penjawat awam, pengarah syarikat direman seminggu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/09/2022
04:43 MYT
Rasuah: Penjawat awam, pengarah syarikat direman seminggu
Pada Selasa, SPRM Perak menahan tiga individu berkenaan berhubung kes melibatkan wang rasuah berjumlah RM400,000. - Foto Astro AWANI
IPOH: Seorang kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dan dua pengarah sebuah syarikat direman tujuh hari berhubung kes rasuah berjumlah RM400,000.
Ketiga-tiga mereka, seorang perempuan dan dua lelaki, berumur antara 30 dan 50 tahun, direman sehingga Selasa depan.
Majistret, Noor Hafiza Ishak mengeluarkan perintah itu hari ini selepas menerima permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak bagi membantu siasatan.
Pada Selasa, SPRM Perak menahan tiga individu berkenaan berhubung kes melibatkan wang rasuah berjumlah RM400,000.
Wang tersebut dikatakan diterima daripada seorang pemilik syarikat bagi mendapatkan kelulusan permohonan memiliki tanah kerajaan seluas kira-kira 2.2 hektar di Daerah Kinta.
Mereka ditahan di pejabat SPRM Perak sekitar jam 6 petang semalam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan.
Menurutnya, siasatan itu termasuk mengesan jika ada individu lain yang turut terlibat dalam kes berkenaan.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#penjawat awam
#SPRM
#pengarah syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan