awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Petugas wanita pusat pemulihan dadah dibebas dengan jaminan SPRM

Bernama
Bernama
06/03/2026
07:27 MYT
Rasuah: Petugas wanita pusat pemulihan dadah dibebas dengan jaminan SPRM
Wanita berusia lingkungan 30-an itu dibebaskan baru-baru ini setelah ditahan reman sejak Isnin lepas. -Foto fail/Sinar Harian
Penjawat awam wanita sebuah pusat pemulihan dadah di Terengganu yang disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang untuk penghuni pusat itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid berkata wanita berusia lingkungan 30-an itu dibebaskan baru-baru ini setelah ditahan reman sejak Isnin lepas.
SPRM sebelum ini memperoleh perintah reman sehingga esok terhadap suspek.
“Siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 masih dijalankan dan selepas itu kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada 1 Mac, SPRM menahan wanita itu selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM6,000 bagi tujuan tersebut semasa suspek hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu.
Turut ditahan ialah seorang penjawat awam lelaki berusia lewat 40-an yang bekerja di pusat pemulihan sama, namun dilepaskan dengan jaminan SPRM pada hari sama atas faktor kesihatan.
Siasatan awal mendapati mereka melakukan perbuatan itu secara berasingan antara September 2024 hingga Januari 2025 dengan meminta dan menerima wang rasuah daripada keluarga penghuni pusat pemulihan tersebut.
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh juga mengesahkan penahanan dua petugas di Terengganu dan berkata ia hasil laporan dikemukakan agensi itu berhubung salah laku serta pelanggaran integriti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#SPRM Terengganu
#rasuah pusat pemulihan
#Akta SPRM 2009
#AADK
#salah laku integriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan