awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rawatan Zon Hijau HSA ditutup sementara untuk tampung pesakit Zon Kuning, Merah - Pengarah

Bernama
Bernama
18/01/2024
08:49 MYT
Rawatan Zon Hijau HSA ditutup sementara untuk tampung pesakit Zon Kuning, Merah - Pengarah
Perkhidmatan rawatan di zon itu telah dibuka semula pada hari sama sekitar 5 petang meskipun notis pemakluman menyatakan ia ditutup dari 2 petang hingga 9 malam.
JOHOR BAHRU: Penutupan sementara rawatan di Zon Hijau Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam adalah bagi menampung peningkatan pesakit Zon Kuning serta Zon Merah yang melebihi kapasiti.
Pengarah HSA Dr Sal Atan bagaimanapun berkata perkhidmatan rawatan di zon itu telah dibuka semula pada hari sama sekitar 5 petang meskipun notis pemakluman menyatakan ia ditutup dari 2 petang hingga 9 malam.
Beliau berkata penjelasan itu diberikan berikutan terdapat kekeliruan dalam kalangan orang awam berhubung notis penutupan zon tersebut.
"Pihak pengurusan hospital mengambil maklum tentang (kekeliruan) notis tersebut, penutupan sementara yang dimaksudkan ialah semua pesakit yang di triaj ke Zon Hijau diubah hala ke Klinik Kesihatan Mahmoodiah.
"Tujuan ubah hala itu adalah atas faktor peningkatan pesakit yang sedang menerima rawatan di Zon Kuning dan Zon Merah yang melebihi kapasiti. (Ia adalah) strategi pihak pengurusan hospital dalam menangani masalah waktu menunggu di Zon Hijau dan ia telah dibuka semula pada 5 petang hari yang sama," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Justeru itu, Dr Sal berkata pihak pengurusan hospital akan memberi pemakluman yang lebih jelas kepada orang awam sekiranya situasi seumpama itu berulang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Sultanah Aminah
#HSA
#zon hijau
#pesakit
#rawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan