awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rayani Air berdepan penggantungan jika gagal patuhi peraturan - Liow

Bernama
Bernama
21/03/2016
14:10 MYT
Rayani Air berdepan penggantungan jika gagal patuhi peraturan - Liow
Menteri Pengangkutan berkata, pihaknya akan menyiasat sekiranya laporan dikemukakan kepada kementerian.
Rayani Air Sdn Bhd (Rayani Air) mungkin berdepan tindakan penggantungan operasinya jika ia gagal memenuhi peraturan syarikat penerbangan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian itu sedang membuat pemantauan rapi terhadap syarikat berkenaan berikutan aduan orang ramai tentang kelewatan dan pembatalan penerbangannya serta penggunaan pas masuk yang bertulis tangan. "Kami akan siasat sekiranya laporan dikemukakan kepada kementerian. Kami akan meneliti aduan seperti pembatalan penerbangan yang tidak diganti. Itu suatu perkara serius.
"Malah, kami juga boleh menggantung perkhidmatan syarikat penerbangan itu sekiranya ia tidak mematuhi arahan kami," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Liow mengulas tentang aduan penumpang Rayani Air yang disebarkan dengan meluas dalam media sosial baru-baru ini.
Ditanya bagaimana Rayani Air boleh mendapat lesen operasi, beliau berkata selagi syarikat itu memenuhi peraturan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), ia akan diberi lesen.
"Ini negara demokrasi, selagi syarikat penerbangan itu dapat memenuhi syarat DCA, peraturan keselamatan dan pelan perkhidmatannya, kami akan keluarkan lesen itu.
"Bagaimanapun, dengan tahap perkhidmatan yang disediakannya sekarang, tidak memenuhi kehendak pengguna, tindakan boleh diambil terhadap syarikat penerbangan itu," kata Liow.
Topic Berkaitan
#kelewatan penerbangan
#Liow Tiong Lai
#pembatalan penerbangan
#Rayani Air
#Rayani Air Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan