awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Realisasi penglibatan 30 peratus wanita dalam peringkat pembuat dasar' - KJ

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
05/12/2015
05:07 MYT
'Realisasi penglibatan 30 peratus wanita dalam peringkat pembuat dasar' - KJ
KJ: 'Realisasi penglibatan 30 peratus wanita dalam peringkat pembuat dasar' - Gambar fail
Persidangan Lean In Summit Malaysia 2015 (LISM 2015) menjadi platform merealisasikan misi mencapai 30 peratus penglibatan golongan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam mahupun swasta.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, ia sekali gus landasan menyelesaikan masalah wanita dalam isu berkenaan.
Katanya, ia juga mengumpul cadangan terbaik yang boleh membantu kerajaan dalam menambah baik dasar, polisi dan peraturan yang berkaitan wanita.
"Melalui perbincangan hari ini, persidangan akan membuat gerak kerja bagi meningkatkan lagi partisipasi wanita dalam sektor korporat, awam dan peringkat pembuat dasar.
"Kita masih belum mencapai 30 peratus penglibatan wanita dalam pembuat dasar terutama dalam politik," katanya semasa sidang media selepas merasmikan LISM 2015 di sini hari ini.
Turut hadir, Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Ja­batan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Dalam pada itu kata Khairy, persepsi masyarakat terhadap mitos tidak ada wanita berkualiti seharusnya dihentikan segera.
"Itu memang tidak betul. Betapa ruginya ekonomi kita tanpa manfaat wanita.
"Saya beri cadangan mikro untuk membantu antaranya sebab wanita tidak dapat meneruskan kerjaya mereka kerana isu mudah seperti pusat jagaan kanak-kanak serta sikap masyarakat sendiri terhadap wanita.
"Kerana itu wanita perlu menggunakan kuasa pilihan yang ada pada mereka untuk memilih kehidupan serta kerjaya yang mereka mahukan," jelasnya.
LISM 2015 merupakan persidangan sehari yang menyediakan platform kepada golongan wanita dan lelaki berkerjaya dalam perbincangan pelbagai sektor.
Ia termasuk beberapa topik terutama dalam cabaran dan peluang yang wujud untuk kumpulan berkenaan dan pendekatan terbaik bagi menyelesaikan isu yang melanda mereka pada masa kini.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#lism 2015
#shahrizat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan