awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reezal: Silat warisan berharga yang perlu dipertahankan

Bernama
Bernama
04/07/2022
04:01 MYT
Reezal: Silat warisan berharga yang perlu dipertahankan
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican melakukan gimik perasmian Majlis Bersilaturrahim Himpunan Seni Silat Melayu Pulau Pinang malam tadi. - Gambar BERNAMA
KEPALA BATAS: Silat adalah warisan yang sangat berharga dalam budaya dan warisan orang Melayu yang perlu dipertahankan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
"Silat dijulang dan diangkat sebagai benteng pertahanan negara yang ketiga, malah, ia juga telah berjaya disenaraikan di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
"Ini menunjukkan bahawa seni mempertahankan diri ini adalah warisan pusaka yang perlu dipertahankan oleh bangsa Melayu," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Bersilaturrahim Himpunan Seni Silat Melayu Pulau Pinang di sini, malam tadi.
Reezal, yang juga ahli parlimen Kepala Batas dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, turut mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada Jawatankuasa Focus Group Warisan, Kesenian, Budaya, dan Pelancongan Bumiputera Pulau Pinang bagi tujuan mengadakan karnival silat di negeri itu.
Katanya, program itu diharapkan dapat mempamerkan persilatan Melayu negeri Pulau Pinang, sekali gus menjadi jalan untuk menyatukan serta mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#silat
#warisan negara
#warisan orang Melayu
#Reezal Merican Naina Merican
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan