awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reformasi Perkeso pastikan perlindungan menyeluruh pekerja tetap, gig dan migran

Bernama
Bernama
13/11/2025
22:20 MYT
Reformasi Perkeso pastikan perlindungan menyeluruh pekerja tetap, gig dan migran
Sim menyampaikan ucapan apresiasi pada Anugerah Media Perkeso 2025 malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terus melaksanakan reformasi menyeluruh bagi memperkukuh perlindungan sosial untuk semua pencarum, termasuk pekerja gig dan tenaga kerja asing.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata dalam tempoh dua tahun, sebanyak 10 reformasi utama telah dilaksanakan bagi memastikan kebajikan pencarum dilindungi dengan lebih menyeluruh.
"Reformasi ini berpaksikan tiga keutamaan KESUMA iaitu kebajikan, kemahiran dan keberhasilan (3K). Semua usaha ini bertujuan memastikan setiap pencarum tidak kira pekerja tetap, migran atau gig mendapat perlindungan yang adil dan menyeluruh," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Media Perkeso 2025 iLINDUNGu, di sini, malam tadi.
Antara reformasi utama katanya ialah kenaikan manfaat pencarum sebanyak 20 peratus, peningkatan faedah kematian daripada RM2,000 kepada RM3,000, serta perluasan Skim Keilatan kepada pekerja asing.
Beliau berkata, Perkeso juga kini melaksanakan rawatan tanpa bayaran pendahuluan di lebih 1,400 klinik panel, mempercepat proses kelulusan bantuan dialisis daripada 40 hari kepada tujuh hari serta meningkatkan subsidi dialisis daripada RM150 kepada RM170 setiap sesi.
Selain itu, katanya, dalam RUU Pekerja GIG yang telah dibentang di Parlimen sebelum ini, pekerja media sambilan seperti pekerja bebas (freelancer), jurugambar, juruvideo, pemberita sambilan (stringer) juga akan dimasukkan untuk mendapat perlindungan Perkeso sebagai penghargaan atas peranan mereka.
Steven berkata, pada masa sama Elaun Mobiliti RM1,000 turut diberikan kepada pencari kerja yang memperoleh pekerjaan lebih 100 kilometer dari tempat tinggal sebagai tambahan di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP).
"Langkah-langkah ini adalah pengubah keadaan (game changer) dalam sistem perlindungan sosial negara. Kita bukan sahaja menambah manfaat tetapi juga memperkukuh jaringan keselamatan untuk setiap pekerja yang mencarum," katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada warga Perkeso dan rakan media yang memainkan peranan penting menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat, sekali gus membantu menjayakan agenda reformasi sosial kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkeso
#Steven Sim
#pekerja asing
#pekerja gig
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan