awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Taufan Tropika Gezani landa Madagascar, sembilan maut
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reka cerita diculik, wanita direman empat hari

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
10/05/2017
13:15 MYT
Reka cerita diculik, wanita direman empat hari
Tertuduh dipercayai bertindak demikian untuk melepaskan diri daripada cengkaman hutang bernilai puluhan ribu ringgit.
Seorang wanita yang didakwa memperdaya suaminya dengan mereka-reka cerita bahawa dia diculik telah ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.
Tertuduh dipercayai bertindak demikian untuk melepaskan diri daripada cengkaman hutang bernilai puluhan ribu ringgit.
Hakim Mahkamah Majistret Batu Gajah Mohd Fitri Sadaruddin menjatuhkan hukuman reman kerana membuat laporan palsu mendakwa dia diculik pada 3 Mei lalu.
"Kita menahan wanita ini kerana dengan sengaja mereka-reka cerita mengatakan beliau diculik malah, menghantar gambar kepada suaminya mengatakan dia telah diikat dan dilarikan orang.
"Lebih teruk lagi, wanita tersebut juga menghantar pesanan suara meminta tolong dan setelah kami menahannya, kami mendapati beliau berbuat demikian kerana hendak lari daripada orang yang mencarinya disebabkan masalah hutang.
"Sanggup wanita ini menipu suaminya mengatakan dia dilarikan orang," katanya ketika dihubungi Astro Awani.
Jelas Zainal, pihak polis sedang giat mencari seorang kenalan lelaki bernama "Wan" yang menjadi rakan komplot dalam merancang penculikan palsu tersebut dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan kenalan intim ibu kepada enam orang anak tersebut.
"Siasatan lanjut mendapati suami wanita yang merupakan seorang anggota polis di Hilir Perak tidak terlibat dalam rancangan mereka.
"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan Seksyen 182 Kanun Keseksaan atas keterangan palsu,"katanya.
Kisah tembelang ibu beranak enam itu akhirnya pecah apabila kenalan dan jirannya memberitahu melihat kelibat suami wanita itu di rumahnya dan berkelakuan seperti biasa.
Sebelum ini, kes wanita yang kononnya menjadi mangsa penculikan warga Bangladesh ketika membuat penghantaran barangan di kediaman mula tular di media sosial tetapi kebenarannya terbongkar, Isnin lepas.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#culik
#Mohd Fitri Sadaruddin
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan