awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 13 tahun maut, motosikal rempuh kereta

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
21/04/2022
07:04 MYT
Remaja 13 tahun maut, motosikal rempuh kereta
Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka malam tadi. - Gambar ihsan PDRM
ALOR GAJAH: Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, di sini malam tadi.
Dalam kejadian sekitar pukul 9.30 malam itu, mangsa, Muhammad Arif Danieal Muhammad Razlan yang berusia 13 tahun disahkan maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda merempuh bahagian belakang sebuah kereta Proton Saga yang ingin membelok ke simpang jalan.
“Kemalangan berlaku apabila kereta dipandu lelaki berusia 44 tahun telah memberi isyarat ke kanan dan berhenti untuk membelok ke simpang di sebelah kanan iaitu lorong rumahnya.
“Pada masa sama, remaja itu kemudian datang dari arah belakang dan terus melanggar kereta berkenaan sebelum tercampak dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Arshad berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian.
Katanya, pemandu kereta berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan selain terdapat saksi mata yang melihat kejadian tersebut dan telah diminta tampil membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Topic Berkaitan
#remaja 13 tahun
#maut
#motosikal rempuh kereta
#Kuala Sungai Baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan