awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 14 tahun mangsa terbaharu serangan buaya di Sarawak

Bernama
Bernama
26/07/2020
08:23 MYT
Remaja 14 tahun mangsa terbaharu serangan buaya di Sarawak
Mangsa dikenali sebagai Ricky Ganya telah disambar buaya ketika sedang mencari siput di sebatang sungai. - Gambar hiasan
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang keluar mencari siput di sungai bersama ibu saudara dan dua lagi rakannya menjadi mangsa terbaharu serangan buaya di Sarawak dalam tempoh tiga hari.
Dalam kejadian pagi ini, mangsa dikenali sebagai Ricky Ganya telah disambar buaya ketika sedang mencari siput di sebatang sungai di Rumah Dadat, Tanjung Manis di Mukah.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak menerima panggilan kecemasan berkenaan insiden itu pada 11.28 pagi dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis dikerah ke lokasi.
Kejadian itu menyusuli insiden pada Jumaat lepas apabila seorang lelaki dilaporkan disambar seekor buaya di Sungai Seduku, anak sungai Batang Lupar dekat Rumah Panjang Tuntun, Sri Aman. Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat masih gagal mengesan mangsa.
Kong Gindi, 47, dipercayai disambar buaya ketika dia dan rakannya dikenali Saji Thomas, 52, sedang mencuci perahu di sungai berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#disambar buaya
#Mukah
#remaja disambar buaya
#rumah dadat
#singai
#tanjung manis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan