awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 16 tahun jatuh sungai, dikhuatiri lemas

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
21/02/2026
02:10 MYT
Remaja 16 tahun jatuh sungai, dikhuatiri lemas
Pasukan operasi membuat pencarian di sekitar tebing sungai sebelum operasi ditangguhkan pada jam 6.43 petang semalam atas faktor persekitaran yang semakin gelap. - Foto JBPM Sarawak
Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas terjatuh sebelum dihanyutkan arus deras sungai di Kampung Kolong Sungai Tengah, dekat sini petang semalam.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Mohamad Fauzi Mohamat Kifli berkata, pihaknya dimaklumkan tentang insiden tersebut sekitar jam 4.32 petang dan mengatur gerak sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya.
"Berdasarkan maklumat saksi, ketika kejadian sekitar jam 4.00 petang, mangsa yang identitinya dikenal pasti sebagai Fahrell Zaquan Hasbullah, 16 tahun, dan seorang rakan sedang bermain di tebing sungai sebelum terjatuh ke dalam sungai dan hanyut dibawa arus air yang deras.
"Mangsa dikatakan tidak berbaju, hanya berseluar panjang berwarna putih," kata Mohamad Fauzi.
Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya membuat pencarian di sekitar tebing sungai, sebelum operasi ditangguhkan pada jam 6.43 petang, atas faktor persekitaran yang semakin gelap.
Operasi mencari dan menyelamat akan bersambung pagi ini.
Topic Berkaitan
#remaja jatuh sungai
#JBPM Sarawak
#lemas
#hanyut arus deras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan