awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
30 maut dalam rempuhan di tapak UNESCO Haiti
Dua maut kemalangan lima kenderaan
Asha Bhosle meninggal dunia, ulangi duka pemergian Lata Mangeshkar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja hilang di Bentong ditemui di Kajang

Sinar Harian
Sinar Harian
19/02/2022
22:30 MYT
Remaja hilang di Bentong ditemui di Kajang
Menurut polis, remaja itu ditemui kira-kira jam 3.30 pagi ketika bersama rakan perempuan berusia 17 tahun di sebuah perhentian bas.
BENTONG: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di daerah ini 10 Februari lalu ditemui dalam keadaan selamat di Kajang, Selangor pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, P Pavitra ditemui kira-kira jam 3.30 pagi ketika bersama rakan perempuan berusia 17 tahun di sebuah perhentian bas.
BACA: Polis mohon bantuan kesan remaja hilang
Menurutnya, hasil semakan kad pengenalan remaja terbabit mendapati salah seorang daripada mereka merupakan mangsa yang dilaporkan hilang sebelum ini.
"Siasatan awal mendapati remaja itu melarikan diri ke rumah rakan di satu kawasan di Kajang menggunakan khidmat e-hailing.
"Mangsa tinggi bersama rakan hampir enam hari sebelum berjaya ditemui," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Zaiham berkata, mangsa dibawa pulang dan telah dirujuk ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan kesihatan.
"Saya berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin menyalurkan maklumat dalam membantu mencari remaja itu," katanya.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari itu dilaporkan hilang selepas tiada di sekolah dan tidak pulang ke rumah pada hari kejadian.
Remaja itu dipercayai tinggal bersama ibu saudaranya hampir setahun lalu manakala ibu bapanya menetap di Kuala Lumpur.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#remaja hilang
#Pavitra
#Zaiham Mohd Kahar
#murid SMK Ketari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan