awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut ditembak: Polis tahan suspek 71 tahun, motif dipercayai kerana hutang
Tahanan warga Pakistan lari dari Penjara Sungai Buloh sembunyi dalam hutan, tapak pembinaan - JIM
[TERKINI] Tahanan warga Pakistan lari dari Penjara Sungai Buloh ditangkap semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja hilang di Pantai Balok keluar dari asrama tanpa kebenaran

Bernama
Bernama
18/04/2026
04:28 MYT
Remaja hilang di Pantai Balok keluar dari asrama tanpa kebenaran
Operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan sejak petang semalam.
Aktiviti yang dijalankan beberapa pelajar di Pantai Balok di sini semalam bukan sebahagian daripada program rasmi yang dianjurkan pihak sekolah.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dalam kenyataan memaklumkan dalam kejadian petang semalam, beberapa pelajar telah keluar asrama untuk beriadah tanpa pengetahuan pihak sekolah.
“JPN Pahang prihatin terhadap kehilangan seorang pelajar sekolah sewaktu beriadah bersama rakan-rakan di Pantai Balok, Pahang pada Jumaat.
“Usaha mencari pelajar yang hilang sedang dipergiatkan dengan bantuan pihak berkuasa. JPN Pahang mendoakan semoga pelajar yang hilang dapat segera ditemui dalam keadaan selamat,” menurut kenyataan itu.
Media semalam melaporkan seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mencari kepah di pantai berkenaan semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa berusia 16 tahun itu pada 6.02 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pantai Balok
#kes lemas
#keluar asrama tanpa kebenaran
#JPN Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan