awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut, beberapa rakan cedera ditetak di Buntong
Perjuangan Ng Eain Yow di Mesir berakhir awal
Windows 11 versi 24H2 bakal dinaik taraf automatik ke 25H2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja hilang dijumpai mati lemas di Tanjung Rhu

Bernama
Bernama
06/08/2016
09:16 MYT
Remaja hilang dijumpai mati lemas di Tanjung Rhu
Mayat Mohammad Asyraaf Che Amat dari Kangar ditemui terapung kira-kira 100 meter dari tempat dia dilaporkan hilang pukul 6 petang semalam. -Gambar fail
Mayat remaja lelaki yang dilaporkan hilang semasa berenang di laut berdekatan Pantai Tanjung Rhu semalam, ditemui kira-kira pukul 11.45 pagi hari ini.
Pengarah Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata mayat Mohammad Asyraaf Che Amat, 18, dari Kangar, Perlis ditemui terapung kira-kira 100 meter dari tempat dia dilaporkan hilang pukul 6 petang semalam.
"Berikutan penemuan itu, pasukan kita telah menyerahkan mayat yang ditemui kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Menurutnya APMM menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat selepas dimaklumkan tentang kehilangan Mohammad Asyraaf, yang sebelum itu berenang bersama empat rakannya yang lain berdekatan sebuah beting di pantai berkenaan.
"Rakan-rakannya yang lain juga menghadapi kesulitan untuk berenang ketika itu kerana dibawa arus deras tetapi sempat diselamatkan sebuah bot pelancong berhampiran," katanya.
Topic Berkaitan
#APMM
#mencari dan menyelamat
#Mohammad Asyraaf Che Amat
#pantai tanjung rhu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan