awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki 13 tahun ditemukan lemas di kolam ketika memancing

Bernama
Bernama
03/03/2022
03:07 MYT
Remaja lelaki 13 tahun ditemukan lemas di kolam ketika memancing
Menurut bomba, mayat mangsa ditemui di dasar kolam. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemukan lemas dipercayai terjatuh di sebuah kolam berhampiran Taman Bukit Saga, Mantin, dekat sini lewat malam tadi.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Nazri Mohd Nor berkata mayat Danny Izzahagi Muhammad Azrul dari Taman Desa Pelangi, Mantin di sini ditemukan pasukan bomba pada 11.28 malam tadi.
Beliau berkata bomba menerima panggilan daripada bapa mangsa pada pukul 6.52 petang semalam mengenai kejadian tersebut.
"Bapa mangsa telah mencuba menyelam mencari mangsa di kolam tersebut namun tidak berhasil, kemudian telefon bomba untuk bantuan. Mangsa dijumpai di dasar kolam.
"Difahamkan pada 5.30 petang, mangsa bersama empat rakannya memancing di kawasan kolam tersebut dan rakan mangsa memaklumkan mangsa berlari di kawasan tersebut sebelum terjatuh ke dalam kolam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#Memancing
#jatuh dalam kolam
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan