awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki dipercayai dibunuh di rumah sewa
Azam Baki mulakan tindakan undang-undang terhadap laporan Bloomberg
Ringgit melonjak cecah 3.89 berbanding dolar AS, hampir tertinggi dalam lapan tahun

Remaja lelaki dipercayai dibunuh di rumah sewa

Bernama
Bernama
12/02/2026
15:05 MYT
Remaja lelaki dipercayai dibunuh di rumah sewa
Seorang remaja lelaki 18 tahun dipercayai dibunuh di sebuah rumah sewa di Lundu, pagi tadi. - Gambar fail/hiasan
Seorang remaja lelaki 18 tahun dipercayai dibunuh di sebuah rumah sewa di Lundu, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Lundu Superintenden Sudirman Kram berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 7.12 pagi daripada pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS).
"Mangsa dihantar ke Unit Kecemasan HUS dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.
"Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan bengkak pada bahagian mata dan pipi kiri serta kesan darah kering pada hidung," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sudirman berkata siasatan awal mendapati mangsa bersama-sama beberapa rakan sekerja menghadiri perjumpaan sosial dan dipercayai mengambil minuman keras sebelum kejadian.
Beliau berkata setelah itu berlaku pertengkaran antara mangsa dengan seorang rakan sekerja yang tinggal serumah sebelum bertukar menjadi pergaduhan fizikal.
"Mangsa dilaporkan pengsan selepas kejadian dan dibawa ke hospital oleh suspek untuk rawatan," katanya.
Sudirman berkata polis telah menahan tiga lelaki berusia antara 29 hingga 33 tahun dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda serta beberapa telefon bimbit untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata polis juga giat mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai melarikan diri selepas menghantar mangsa ke hospital.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja dibunuh
#Polis Daerah Lundu
#rumah sewa
#Hospital Umum Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.