awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki hilang di Sungai Terengganu ditemui lemas

Bernama
Bernama
04/06/2023
10:05 MYT
Remaja lelaki hilang di Sungai Terengganu ditemui lemas
Mayat mangsa ditemukan terapung di sungai berhampiran Kampung Temir oleh orang awam kira-kira 1.05 tengah hari tadi. - Gambar/ JBPM
KUALA BERANG: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Terengganu, dekat Kampung Dusun di sini, Jumaat lepas ditemukan lemas hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hasmeera Hassan berkata mayat mangsa, Muhammad Adam Shazwan Mokhtar, 15, ditemukan terapung di sungai berhampiran Kampung Temir oleh orang awam kira-kira 1.05 tengah hari tadi.
"Mayat ditemukan oleh orang awam yang kebetulan melalui sungai itu, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.
"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua anggota keselamatan termasuk bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja lemas
#Sungai Terengganu
#tragedi cuti sekolah
#mandi sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan