awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki maut ketika melintas jalan

Bernama
Bernama
03/11/2024
04:15 MYT
Remaja lelaki maut ketika melintas jalan
Siasatan awal mendapati mangsa melintas secara tiba-tiba dan pemandu terbabit tidak sempat memberhentikan keretanya. - Gambar hiasan
ALOR GAJAH: Seorang remaja lelaki maut dilanggar kereta ketika melintas jalan dalam kejadian di Jalan Lendu Dalam, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata mangsa, Radzin Muslimin, 13, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala dalam kejadian kira-kira 7.15 malam itu.
"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika pemandu berumur 29 tahun dalam perjalanan dari arah Lendu menghala ke Rembia dan ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati melintas secara tiba-tiba dan pemandu terbabit tidak sempat memberhentikan keretanya.
"Terdapat rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang diperoleh daripada kenderaan terlibat yang menunjukkan bagaimana kemalangan itu berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ashari berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja
#lintas jalan
#Nahas
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan