awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki maut terjatuh dari tingkat tujuh apartmen di Seksyen 19 Shah Alam

Bernama
Bernama
25/03/2026
01:16 MYT
Remaja lelaki maut terjatuh dari tingkat tujuh apartmen di Seksyen 19 Shah Alam
Menurut Ramsay Embol, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai jatuh dari tingkat lima, namun, hasil siasatan lanjut menunjukkan mangsa berkemungkinan terjatuh dari tingkat tujuh. - Gambar Bernama
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen di Seksyen 19, di sini, petang semalam.
Mangsa dijumpai orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan bawah apartmen kira-kira 4.20 petang sebelum dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 5.40 petang.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 6.44 petang.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai jatuh dari tingkat lima. Namun, hasil siasatan lanjut menunjukkan mangsa berkemungkinan terjatuh dari tingkat tujuh.
“Bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkannya kepada pegawai penyiasat dan juga Ketua Polis Balai Seri Muda Insp. Zulhusni Hasani di talian 011-39360779 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202222 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja lelaki maut
#jatuh apartmen
#tingkat tujuh
#Seksyen 19 Shah Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan