awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lemas semasa perkelahan bersama keluarga

Bernama
Bernama
04/08/2019
21:16 MYT
Remaja lemas semasa perkelahan bersama keluarga
Mangsa dijumpai ahli keluarganya selepas lebih 30 minit daripada kejadian yang kemudian membawanya ke Klinik Kesihatan Julau. -Gambar hiasan
Kegembiraan berkelah bersama keluarga dan kenalan sekitar 20 orang dari sebuah rumah panjang di Nanga Matop, Julau dekat sini bertukar sedih apabila seorang remaja lelaki lemas selepas terjatuh ke dalam sungai, petang Ahad.
Jurucakap polis dari IPD Julau, Malcolm Powell Anak Alphonsus berkata, seorang pelajar tingkatan dua dan tidak pandai berenang dikatakan telah tergelincir dari jambatan di tebing sungai.
Beliau berkata, mangsa dijumpai ahli keluarganya selepas lebih 30 minit daripada kejadian yang kemudian membawanya ke Klinik Kesihatan Julau.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, panggilan kejadian itu diterima pukul 2.31 petang dan satu pasukan terdiri enam anggota telah digerakkan ke lokasi.
Namun setibanya di lokasi kejadian, mereka telah dimaklumkan penduduk setempat bahawa mangsa telah dijumpai dan dibawa oleh ahli keluarga ke klinik.
"Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan di telinga dan mulut, telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor
#lemas
#Malcolm Powell Anak Alphonsus
#Nicholas Belulin
#perkelahan
#remaja
#tergelincir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan