awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut akibat kepala tersangkut di buaian

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
25/11/2018
13:49 MYT
Remaja maut akibat kepala tersangkut di buaian
Mangsa hanya berjaya dikeluarkan daripada besi itu dengan bantuan orang ramai sebelum dibawa ke Hospital Selayang. - Astro AWANI
Remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas kepalanya tersangkut pada besi buaian di Taman Metropolitan, Kepong, Kuala Lumpur, semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Shanmugamoorthy Chinniah berkata, kejadian berlaku pada 6.30 petang ketika mangsa sedang bermain di lokasi berkenaan.
“Kepala mangsa tersangkut pada besi buaian dan kejadian itu menyebabkan berlaku pendarahan pada hidung, dan telinga mangsa.
“Mangsa hanya berjaya dikeluarkan daripada besi itu dengan bantuan orang ramai dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Shanmugamoorthy berkata mangsa disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan pada 7.30 malam.
“Siasatan akan dijalankan dan bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian,” jelas beliau.
Topic Berkaitan
#buaian
#kepong
#polis
#remaja maut
#Sentul
#Shanmugamoorthy Chinniah
#Taman Metropolitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan