awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut langgar pembahagi jalan

Sinar Harian
Sinar Harian
02/10/2022
03:40 MYT
Remaja maut langgar pembahagi jalan
Seorang remaja maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 23 Lebuhraya Utara Selatan, di Kulai pada Ahad. - Foto Sinar Harian
KULAI: Seorang remaja maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 23 Lebuhraya Utara Selatam, arah selatan, dekat sini pada Ahad.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Asmiza Zaini berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 5.13 pagi.
Susulan itu katanya, tujuh anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan mangsa, Nur Helmi Rafiee yang berusia 19 tahun tidak tersepit serta telah dikeluarkan pihak bomba dengan menggunakan satu unit 'stretcher'.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat jam 6.24 pagi. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#langgar pembahagi jalan
#Nahas
#remaja
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan