awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut selepas langgar tiang lampu

Bernama
Bernama
25/07/2023
06:28 MYT
Remaja maut selepas langgar tiang lampu
Mohamad Ruhaifan Mahadi, 18, yang dalam perjalanan dari arah bandar ke Pohon Batu dipercayai hilang kawalan, dan telah tercampak dari motosikalnya. - Foto FB Jabatan Penerangan WP Labuan
LABUAN: Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Pohon Batu, Kg Lajau di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Labuan Supt Hamizi Halim berkata dalam kejadian kira-kira dua pagi itu, Mohamad Ruhaifan Mahadi, 18, yang dalam perjalanan dari arah bandar ke Pohon Batu dipercayai hilang kawalan, dan telah tercampak dari motosikalnya.
Beliau berkata mangsa ditemukan di atas jalan raya oleh orang awam, yang kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans.
"Mohamad Ruhaifan disahkan meninggal dunia pada 8.35 pagi," katanya.
Hamizi berkata kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu, untuk menghubungi polis di 087-412313 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja maut
#langgar tiang
#Labuan
#motosikal terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan