awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja OKU dihanyut banjir, tersangkut di pokok getah

Sinar Harian
Sinar Harian
25/12/2023
22:30 MYT
Remaja OKU dihanyut banjir, tersangkut di pokok getah
Wan Mohd Wafi ditenangkan oleh anggota keselamatan selepas diselamatkan. - Foto Sinar Harian
MACHANG: Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) ditemukan tersangkut pada pokok getah selepas dihanyutkan arus deras banjir di Simpang Tiga, Kampung Bunchit di sini pada Isnin.
Mangsa, Wan Mohd Wafi Wan Mohd Zuki, 19, dikatakan telah dihanyutkan arus sejauh 50 meter.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 6.28 petang.
"Kami tiba di lokasi pada jam 6.46 dan mendapati mangsa sedang berpaut pada sebatang pokok getah.
"Remaja terbabit berjaya diselamatkan selepas 22 minit operasi menyelamat dilakukan dan turut sama terlibat ialah anggota APM (Angkatan Pertahan Awam) dan polis," katanya dalam satu kenyataan. - Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#OKU
#hanyut
#arus deras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan