awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja patah kaki tangan, tercampak dari jambatan di Lebuhraya PLUS

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
29/03/2022
23:40 MYT
Remaja patah kaki tangan, tercampak dari jambatan di Lebuhraya PLUS
Mangsa yang tercampak dari jambatan di Lebuhraya PLUS dinaikkan ke atas pengusung dan dibawa naik menggunakan tali oleh anggota bomba. - Foto JBPM
IPOH: Seorang remaja patah kaki dan tangan kanan apabila tercampak dari jambatan selepas motosikal yang ditunggang terbabas di Kilometer 272.2 Lebuhraya Utara - Selatan arah utara, di sini, malam tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 11.07 malam.
Katanya, kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang terbabas di tepi pembahagi jalan dan mangsa yang berusia 18 tahun, terjatuh pada ketinggian kira-kira 22 meter.
“Anggota bomba bertindak turun ke bawah dan memberi rawatan awal dengan memasang ‘lower arm’ pada kaki kanan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu lagi, mangsa kemudiannya dinaikkan ke atas pengusung dan dibawa naik menggunakan tali.
Mangsa yang berusia 18 tahun, terjatuh pada ketinggian kira-kira 22 meter. - Foto JBPM
Mangsa yang berusia 18 tahun, terjatuh pada ketinggian kira-kira 22 meter. - Foto JBPM
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai PBK II Mohamad Norman dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai itu tamat jam 12.26 tengah malam.
Topic Berkaitan
#remaja patah kaki
#tercampak dari jambatan
#Lebuhraya PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan