awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan antara lima direman kes penemuan rangka bayi

Bernama
Bernama
26/03/2026
05:10 MYT
Remaja perempuan antara lima direman kes penemuan rangka bayi
Suspek utama bersama tiga ahli keluarga lain serta teman lelaki suspek direman empat hari bagi membantu siasatan penemuan rangka bayi di laman rumah. - Foto Sinar Harian
Seorang remaja perempuan 19 tahun yang dipercayai ibu kepada rangka bayi ditemukan ditanam di hadapan sebuah rumah di Kelemak di sini, antara lima yang direman bagi membantu siasatan kes itu.
Hakim Mahkamah Sesyen Kamarul Aris Kamaludin mengeluarkan perintah reman empat hari bermula hari ini, terhadap semua suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran.

Suspek lain ialah teman lelaki serta tiga ahli keluarga remaja perempuan itu, iaitu ibu, kakak dan adik lelaki.

Terdahulu, mereka yang berusia antara 16 hingga 40 tahun tiba di Kompleks Mahkamah Alor Gajah kira-kira 8.50 pagi dengan diiringi polis dan bergari.

Semalam, media melaporkan penemuan rangka bayi ditanam di hadapan sebuah rumah di Kelemak dipercayai sejak kira-kira empat bulan lepas.

-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#reman
#rangka bayi
#Mahkamah Alor Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan