awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman suspek koperal pukul anggota tentera dilanjutkan hingga Isnin

Bernama
Bernama
04/04/2026
12:47 MYT
Reman suspek koperal pukul anggota tentera dilanjutkan hingga Isnin
Perintah lanjutan tahanan reman terhadap suspek bermula esok sehingga Isnin bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan/Adobe Stock
Polis memperoleh perintah lanjutan reman terhadap seorang anggota tentera berpangkat koperal yang disyaki memukul tujuh rakan setugas, termasuk seorang yang cedera parah, di Kem Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata perintah lanjutan tahanan reman terhadap suspek bermula esok sehingga Isnin bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bahawa suspek berusia 37 tahun ditahan pada 1 April lepas bagi membantu siasatan berhubung kejadian memukul tujuh anggota tentera di kem berkenaan pada 30 Mac.

Zaiham berkata seorang anggota tentera berusia 24 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri manakala enam lagi rakan setugas mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul dalam kejadian kira-kira jam 8 malam di kawasan kem.

Suspek sebelum ini telah ditahan reman selama empat hari bermula 1 hingga 4 April bagi membantu siasatan di bawah seksyen yang sama.

Terdahulu, Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Datuk Azhan Md Othman memaklumkan bahawa mangsa yang cedera parah masih dalam keadaan tidak stabil dan memerlukan sokongan bantuan pernafasan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#polis
#reman
#Koperal
#Zaiham
#RAMD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan