awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rentas negeri: Aliran trafik di Plaza Tol Gombak masih lancar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
15/10/2021
10:46 MYT
Rentas negeri: Aliran trafik di Plaza Tol Gombak masih lancar
PDRM menasihatkan pengguna jalan raya yang mahu merentas negeri sama ada untuk pulang ke kampung halaman atau tujuan pelancongan agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
GOMBAK: Aliran trafik di lebuh raya dekat Plaza Tol Gombak menghala ke Pantai Timur masih dilihat bergerak lancar dan terkawal, setakat petang ini.
Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari'at berkata, berdasarkan semakan dengan beberapa syarikat konsesi lebuh raya, pergerakan kenderaan untuk merentas negeri di lebuh raya utama di negeri ini dijangka meningkat 15 hingga 20 peratus pada hujung minggu ini.
“Kerajaan telah membenarkan rentas negeri dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Isnin (11 Oktober).
“Jadi hari ini kita menjangkakan ada pergerakan yang agak besar seperti elemen-elemen JSPT yang saya gerakkan di Negeri Selangor, sehingga jam sekarang (petang), pergerakan atau aliran trafik di seluruh Negeri Selangor di laluan dan lebuh raya utama berjalan lancar,” katanya ketika ditemui di Plaza Tol Gombak, di sini hari ini.
Balik Kampung | Aliran trafik masuk ke Kelantan terus meningkat
Mengulas lanjut, Azman berkata pemeriksaan secara rambang turut dilakukan oleh pasukan JSPT Selangor terhadap pengguna jalan raya bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Tambah beliau, pihaknya akan turut mengadakan pemeriksaan rawak di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) sekitar negeri ini.
“Pemeriksaan rambang kita buat dan setakat ini semua yang bergerak memang telah divaksin dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” ujarnya lagi.
Justeru, beliau menasihati pengguna jalan raya yang mahu merentas negeri sama ada untuk pulang ke kampung halaman atau tujuan pelancongan agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan.
Kerajaan pada Ahad lalu bersetuju membenarkan aktiviti rentas negeri di seluruh negara berkuat kuasa 11 Oktober.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah kadar vaksinasi populasi dewasa di negara ini mencapai 90 peratus.
Sebelum ini media melaporkan, lebih 50,000 kenderaan perantau dan pelancong domestik dijangka merentas negeri masuk ke Kelantan menjelang hujung minggu ini.
Topic Berkaitan
#rentas negeri
#aliran trafik
#Plaza Tol Gombak
#balik kampung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan