awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Restoran mamak tidak mampu beroperasi 24 jam akibat kekurangan pekerja

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
31/03/2022
22:15 MYT
Restoran mamak tidak mampu beroperasi 24 jam akibat kekurangan pekerja
Kurangnya sambutan daripada pekerja tempatan memaksa pengusaha restoran mamak menunggu sehingga kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing. -Gambar fail
IPOH: Walaupun kedai makan dibenarkan beroperasi 24 jam mulai hari ini, namun banyak kedai makan, termasuk kafe dan restoran mamak, tidak dapat mengambil peluang itu sepertimana sebelum pandemik COVID-19 melanda negara.
Mereka mengambil keputusan untuk menunggu sehingga kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing berikutan kurangnya sambutan daripada pekerja tempatan.
Tinjauan Astro AWANI di Ipoh mendapati kebanyakan kafe dan restoran mamak yang pernah beroperasi 24 jam sebelum pandemik COVID-19 belum berupaya berbuat demikian.
Pengarah Urusan Restoran Nasi Vanggey, Ahamed Azlanshah Saiful Jaafar Sadik mendakwa kalangan pekerja tempatan tidak sudi bekerja di restoran walaupun ditawarkan pelbagai kemudahan.
"Kita tak boleh buka 24 jam sebab kekurangan pekerja. Kita sekarang fokus kepada pekerja tempatan.
"Walaupun kita bagi hostel, EPF, Socso, mereka masih tak sudi bekerja di sini sebab mereka rasa 'jatuh standard'.
"Jadi susah juga dapat pekerja tempatan untuk kerja restoran mamak ni. Sekarang kita tunggu kerajaan bagi kelulusan pekerja asing.
"Kalau kita dah dapat pekerja asing, insya-Allah kita boleh fokus kepada 24 jam," kata Ahamed Azlanshah.
Pengusaha Restoran M Salim, Muhammad Nazrin Ehsan Mohamed Salim
"Kami memerlukan lebih ramai lagi pekerja untuk beroperasi selama 24 jam. Jadi kami harap kerajaan dapat segerakan permohonan pekerja asing untuk kami teruskan perniagaan restoran kami.
"Walaupun kami fokus kepada pekerja tempatan dengan banyak faedah dan gaji lumayan, yang datang interview kerja cuma dua tiga hari, kemudian mereka hilang, lesap macam itu saja," kata Muhammad Nazrin Ehsan.
Pandangan sama turut disuarakan Penyelia Tam And Teh Cafe Muhammad Firdaus Omar.
"Bila ada pekerja asing, boleh rotate sama-sama kita.
"Bila bagi peluang untuk warga tempatan kerja, mereka datang dua tiga hari, lepas itu terus tak datang.
"Macam pekerja asing, mereka akan datang untuk bekerja. Mereka ada macam 'kontrak' dengan kita," kata Muhammad Firdaus.
Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan negara akan memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ bermula 1 April 2022 yang antara lain membenarkan operasi kedai makan 24 jam, mengikut syarat lesen.
Topic Berkaitan
#restoran mamak
#pekerja asing
#jatuh standard
#operasi 24 jam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan