awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TSMC catat pertumbuhan kukuh susulan lonjakan cip AI
Samsung perluas ciri keselamatan AI ke barisan peranti boleh lipat
Sultan Pahang kurnia sumbangan kepada keluarga Prebet Muhammad Amirul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut di Kota Bharu terbangkan atap rumah, dahan pokok hempap kederaan

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
26/09/2022
13:25 MYT
Ribut di Kota Bharu terbangkan atap rumah, dahan pokok hempap kederaan
Pacuan empat roda milik seorang penduduk di Mel Lundang dihempap dahan pokok. - Gambar/ Astro AWANI
KOTA BHARU: Hujan lebat disertai ribut kencang yang melanda beberapa kawasan di Kota Bharu petang tadi, menyaksikan beberapa rumah dan kedai rosak, malah ada kenderaan yang ditimpa dahan pokok patah.
Pihak berkuasa sedang mengenal pasti bilangan sebenar premis serta kenderaan yang mengalami kerosakan akibat kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.50 petang itu.
Seorang mangsa, Fauzi Hassan, 54, berkata pacuan empat roda miliknya yang diparkir di kawasan Mel Lundang di sini, dihempap dahan pokok.
"Ribut kuat sekitar jam 5.50 petang berserta hujan lebat menyebabkan dahan pokok patah dan menimpa kereta saya. Rumah saya bergegar seolah-olah mahu terangkat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Noraida Berahim, 34, yang turut tinggal di kawasan Lundang pula berkata bumbung rumahnya diterbangkan ribut.
"Ribut membawa hujan petang tadi cukup mengerikan, sehingga terasa bergegar rumah kayu kami. Bumbung rumah kami terangkat dan diterbangkan seperti daun," katanya.
Topic Berkaitan
#ribut
#Kota Bharu
#Kelantan
#Pokok tumbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan