Ribut petir, angin kencang di Pahang, Johor dan Sarawak hingga 4 petang

METMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12 tengah hari ini memaklumkan, di Pahang kawasan yang terlibat ialah Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, manakala di Johor pula Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Pulai. -Foto hiasan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Pahang, Johor dan Sarawak hingga 4 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
METMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12 tengah hari ini memaklumkan, di Pahang kawasan yang terlibat ialah Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, manakala di Johor pula Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Pulai.
Sementara itu, di Sarawak kawasan yang dijangka terjejas ialah Sri Aman, Sibu (Selangau), Mukah dan Bintulu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

