awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut petir, hujan lebat diramal berlaku di KL, 11 negeri

Bernama
Bernama
31/10/2024
09:01 MYT
Ribut petir, hujan lebat diramal berlaku di KL, 11 negeri
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda 11 negeri dan ibu negara hingga pukul 7 malam ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda 11 negeri dan ibu negara hingga pukul 7 malam ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan 3.30 petang ini memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
Bagi Pantai Timur pula, negeri terbabit ialah Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang manakala Pahang membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan.
Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Melaka, Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi).
Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Tawau dan Sandakan (Tongod).
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ribut petir
#hujan lebat
#MetMalaysia
#Amaran Cuaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan