awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua maut kemalangan lima kenderaan
Asha Bhosle meninggal dunia, ulangi duka pemergian Lata Mangeshkar
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut petir: Pokok tumbang hempap beberapa kenderaan di ibu negara

Astro AWANI
Astro AWANI
30/03/2026
11:10 MYT
Ribut petir: Pokok tumbang hempap beberapa kenderaan di ibu negara
Anggota bomba melakukan kerja-kerja pembersihan segera di semua lokasi terjejas. - Gambar/ JBPM
Beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut petir dan hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di ibu negara pada petang Isnin.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima beberapa panggilan kecemasan berkaitan insiden berkenaan antara jam 3 petang hingga 5.30 petang.
"Antara lokasi terlibat ialah Jalan Akar di Kampung Attap, Taman Botani Perdana, Istana Pahang di Jalan Raja Chulan, Blok 5 Flat Kuchai Lama, Sekolah Kebangsaan Jalan Padang Tembak serta Jalan Desa Jaya di Taman Desa.
"Pasukan bomba telah digerakkan ke beberapa lokasi terjejas bagi menjalankan kerja penyelamatan, pembersihan serta pemotongan pokok tumbang, selain memastikan keselamatan kawasan awam berada dalam keadaan terkawal," katanya.
Menurutnya, situasi terkawal dan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan segera di semua lokasi terjejas.
"Kesemua insiden berjaya ditangani dengan pantas oleh pasukan bomba Kuala Lumpur yang turut memastikan tiada risiko bahaya kepada orang awam di kawasan terlibat," katanya.
Dalam pada itu, pasukan bomba akan terus berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan, berikutan cuaca buruk yang dijangka berterusan dalam tempoh terdekat.
"Setakat ini, tiada laporan atau panggilan diterima melibatkan kejadian banjir kilat di sekitar ibu negara," katanya.
Topic Berkaitan
#ribut petir
#Pokok tumbang
#Kuala Lumpur
#DBKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan