awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut terbangkan bumbung flat, gerai di Ampang

Bernama
Bernama
27/08/2023
15:28 MYT
Ribut terbangkan bumbung flat, gerai di Ampang
Kerja pembersihan sedang dijalankan bersama pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan orang awam. - Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Bumbung rumah flat dan bumbung gerai diterbangkan angin kencang dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Taman Ampang Hilir, Ampang, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysias (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata kejadian itu telah menyebabkan laluan masuk ke kawasan perumahan tersebut terhalang.
Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
"Bomba terima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.49 petang tadi untuk kerja mengalihkan bumbung yang menghalang laluan tersebut. Seramai lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pandan digerakkan ke lokasi kejadian.
"Kerja pembersihan dijalankan bersama pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan orang awam sehingga tiada lagi ancaman kepada penduduk," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata siasatan serta pemeriksaan diserahkan kepada pihak MPAJ dan polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ampang
#hujan lebat
#ribut
#bomba
#Ampang Hilir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan