awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rina Harun adakan lawatan kerja ke Jepun, Korea Selatan

Bernama
Bernama
30/09/2019
07:45 MYT
Rina Harun adakan lawatan kerja ke Jepun, Korea Selatan
Rina Mohd Harun, yang kini dalam rangka lawatan kerja ke Jepun dan Korea Selatan menyasarkan untuk meningkatkan kolaborasi strategik bersama kedua-dua negara itu dalam pelbagai bidang. - Gambar fail
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun, yang kini dalam rangka lawatan kerja tujuh hari ke Jepun dan Korea Selatan bermula semalam, menyasarkan untuk meningkatkan kolaborasi strategik bersama kedua-dua negara itu dalam pelbagai bidang.
Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat kementerian yang dikeluarkan hari ini, antara fokus kerjasama yang bakal dibincang untuk diperkasakan adalah bidang pengajian pra-sekolah, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta pembangunan luar bandar mampan, sejajar dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030.
Rina yang berada di Jepun selama lima hari antara lain dijadual mengadakan sesi libat urus dengan pelajar di bawah Malaysia Japan Higher Education Programme, yang ditaja kerajaan melalui Yayasan Pelajaran MARA.
Rina juga dijadual melawat antaranya Taska Ochanomizu University dan Syusei Tech College di Osaka serta Sato No Eki Oohara, Kyoto, selain dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Minister of Regional Revitalization of Japan, Seigo Kitamura," menurut kenyataan itu.
Rina akan meneruskan rangka lawatannya ke Korea Selatan selama tiga hari mulai 4 Oktober di mana beliau dijadual melawat antaranya University Hanyang dan Ehwa Woman's University selain mengadakan sesi libat urus bersama pelajar tajaan MARA di Seoul. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#Korea Selatan
#lawatan kerja
#Rina Harun
#TVET
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan