Ringgit ditutup mengukuh pada 3.97 apabila AS-Iran setuju gencatan senjata

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Presiden AS Donald Trump telah mengumumkan gencatan senjata selama dua minggu terhadap Iran susulan usaha damai oleh pemimpin Pakistan.
“Prestasi ringgit yang lebih kukuh itu turut disokong oleh prospek pembukaan semula Selat Hormuz, yang boleh membantu menstabilkan bekalan minyak global dan meredakan tekanan terhadap harga tenaga.
“Perkembangan ini juga boleh memberikan sedikit kelegaan kepada pasaran buat sementara waktu, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi yang semakin meningkat ekoran kejutan daripada konflik di Asia Barat,” katanya kepada Bernama.
Bekiau berkata walaupun ketidaktentuan masih tinggi namun, kesediaan Iran untuk berbuat demikian merupakan isyarat positif bagi rundingan pada masa hadapan.
Pada akhir dagangan, ringgit lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.6407/6465 daripada 4.6566/6618 ketika ditutup semalam dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.3348/3415 daripada 5.3425/3484.
Ringgit juga lebih teguh berbanding yen Jepun kepada 2.5071/5104 daripada 2.5229/5258.
Pada masa sama, mata wang tempatan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang begara ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1155/1199 daripada 3.1381/1419 ketika ditutup semalam, dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 233.5/233.9 daripada 235.4/235.8.
Mata wang domestik juga hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.68/6.70, dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.4056/4282 daripada 12.3809/4021.
-- BERNAMA

