awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gattuso letak jawatan ketua jurulatih Itali selepas gagal ke Piala Dunia
Sekurang-kurangnya 24 petugas kesihatan terkorban di Iran sejak serangan AS-Israel
Pelajar perlu seimbangkan penguasaan ilmu, adab dan akhlak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati

Bernama
Bernama
02/04/2026
12:13 MYT
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut nilai kepada 4.0365/0430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0240/0295, semalam. - Gambar fail
Ringgit mengakhiri urus niaga Khamis dengan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati di tengah-tengah kecelaruan pendirian Presiden Donald Trump terhadap konflik AS-Iran yang menyebabkan perubahan minat risiko pelabur dan peniaga.
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut nilai kepada 4.0365/0430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0240/0295, semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.47 peratus kepada 100.122 mata.
“Harga minyak mentah Brent meningkat apabila Trump menerusi perutusan waktu perdana telah membayangkan tiada penyelesaian terhadap perang ke atas Iran, malah menggesa lebih banyak tindakan agresif dilaksanakan terhadap negara itu dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang selain tiada rancangan membabitkan pembukaan semula Selat Hormuz,” katanya kepada Bernama.
Setakat petang ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, menokok 7.56 peratus kepada AS$108.7 setong.
Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama.
Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3278/3364 daripada 5.3507/3580 semalam, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5295/5337 daripada 2.5358/5394 sebelumnya dan menokok berbanding euro kepada 4.6517/6592 daripada 4.6666/6730.
Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Berbanding dolar Singapura, ringgit mengukuh kepada 3.1364/1417 daripada 3.1369/1414 dan naik berbanding peso Filipina kepada 6.66/6.68 daripada 6.68/6.69, semalam.
Ringgit bagaimanapun rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 237.4/237.9 daripada 236.9/237.3 selain susut berbanding baht Thailand kepada 12.3180/3447 daripada 12.2726/2926, semalam.
Prestasi mata wang serantau itu turut rendah berbanding dolar AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#penutup
#AS
#Iran
#Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan